BERHATI ROBOT
Robot sangat baik
Segala arahan pasti dilaksanakan
Melaksanakan sudah cukup untuk mengesahkan robot itu baik
Disukai yang lain itu sudah pasti
Tapi mujur robot tidak memiliki hati
Sayang tak terhitung
Andai robot itu memiliki hati
Pabila dimakan robot pendam kemudian berdendam
Pabila disakiti robot berlari sekuat hati
Pabila dipatahkan robot pergi tanpa kesan
Tiada lagi hitungan untuk sayang
Robot tiada fungsi tanpa tugas
Robot tidak bergerak tanpa diaktifkan
Robot perlukan kawalan
Bukan kerna ia diluar kawalan
Tapi ia kaku di sudut tak berguna
Bahkan menyakitkan mata di ruang hiasan
LALANG CANTIK DI MATAKU
Lalang dihulur
Siapa sahaja pasti melirik sinis
Mungkin tiada guna
Tapi mawar juga serupa
Tiada guna
Sekadar berwarna dan harum
Lalang terbang bersama melodi angin
Akur kemana arah dituju
Kasihan si lalang
Pergi tanpa soal
Jauh sekali memiliki prinsip
Lalang melukut pada angin
Walau terkadang angin tak sudi
Mahu sahaja angin berteriak
TERBANGLAH SENDIRI
Jahat si angin
Mungkin lupa bahawa itu LALANG
Sekali begitu kesekalian kali sebegitu
ROBOT BERMAIN DI TAMAN LALANG
Duduk Robot bersebelahan Lalang
Bicara Lalang ‘ini takdir kita’
Aku terima jika itu bicara mereka
Tapi aku terkesema jika itu bicara manusia
Manusia MALAS!!!
Si Tua dengan lagak tersendiri menghujani nasihat
Tapi malang tiada siapa peduli
Si Ketua benar-benar bergaya di atas singgahsana
Kerna darjat persahabatan terpisah
Jangan cuba dustakan
Segalanya terbukti tiada lagi ketidakpercayaan
Pertengkaran membuktikan kewujudan pengkhianat
Perpecahan berpunca dari pengkhianat
Pengkhianat semakin hampir
Memusnahkan keagungan ukhuwwah
Pengkhianat bukan sekadar berpengaruh
Bahkan merampas yang dimiliki
Kalian pasti mahu cari pengkhianat itu
Pengkhianat itu AKU
Usah bermimpi di atas kemalasan
Usah bercita dalam bulatan alasan
Rasakan susah jika mahu pilih disini
Pastikan halaman berbeza
Jika tidak pilih sahaja yang ada
Azali tersedia sama jiwa
Disana pasti kan gah
Miliki pasukan janjian Syurga
Aku duduk antara Robot dan Lalang
Memerhati tiada lagi peduli
Tiada siapa tahu bakalan pasukan itu