BERHATI ROBOT
Robot sangat baik Segala arahan pasti dilaksanakan Melaksanakan sudah cukup untuk mengesahkan robot itu baik Disukai yang lain itu sudah pasti Tapi mujur robot tidak memiliki hati
Sayang tak terhitung Andai robot itu memiliki hati Pabila dimakan robot pendam kemudian berdendam Pabila disakiti robot berlari sekuat hati Pabila dipatahkan robot pergi tanpa kesan
Tiada lagi hitungan untuk sayang Robot tiada fungsi tanpa tugas Robot tidak bergerak tanpa diaktifkan Robot perlukan kawalan Bukan kerna ia diluar kawalan Tapi ia kaku di sudut tak berguna Bahkan menyakitkan mata di ruang hiasan
LALANG CANTIK DI MATAKU
Lalang dihulur Siapa sahaja pasti melirik sinis Mungkin tiada guna Tapi mawar juga serupa Tiada guna Sekadar berwarna dan harum
Lalang terbang bersama melodi angin Akur kemana arah dituju
Kasihan si lalang Pergi tanpa soal Jauh sekali memiliki prinsip Lalang melukut pada angin Walau terkadang angin tak sudi Mahu sahaja angin berteriak TERBANGLAH SENDIRI Jahat si angin Mungkin lupa bahawa itu LALANG Sekali begitu kesekalian kali sebegitu
ROBOT BERMAIN DI TAMAN LALANG
Duduk Robot bersebelahan Lalang Bicara Lalang ‘ini takdir kita’ Aku terima jika itu bicara mereka Tapi aku terkesema jika itu bicara manusia Manusia MALAS!!!
Si Tua dengan lagak tersendiri menghujani nasihat Tapi malang tiada siapa peduli Si Ketua benar-benar bergaya di atas singgahsana Kerna darjat persahabatan terpisah Jangan cuba dustakan Segalanya terbukti tiada lagi ketidakpercayaan
Pertengkaran membuktikan kewujudan pengkhianat Perpecahan berpunca dari pengkhianat Pengkhianat semakin hampir Memusnahkan keagungan ukhuwwah Pengkhianat bukan sekadar berpengaruh Bahkan merampas yang dimiliki Kalian pasti mahu cari pengkhianat itu Pengkhianat itu AKU
Usah bermimpi di atas kemalasan Usah bercita dalam bulatan alasan Rasakan susah jika mahu pilih disini Pastikan halaman berbeza Jika tidak pilih sahaja yang ada Azali tersedia sama jiwa Disana pasti kan gah Miliki pasukan janjian Syurga
Aku duduk antara Robot dan Lalang Memerhati tiada lagi peduli Tiada siapa tahu bakalan pasukan itu |
Kitab Riyadhus Shalihin,Bab 31
-
Bab 31 : Mendamaikan antara sesama manusia
Hadis 1
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment